Sunday, October 24, 2010

Ancaman Bugis

Pada akhir kurun ke-18, pertikaian dan perbutan takhta yang berlaku di kalangan pembesar telah mengancam kedaulatan Kedah. Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah. Pelantikan terrsebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah keran tunku Abdillah bukan anak gahara. Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa. Tentera bugis ynag dipimpin oleh Raja Haji telah menyerang dan menawan Kuala Kedah serta Alor Setar. Sultan Muhammad Jiwa berundur ke kangar bagi meneruskan perjuangan.
           Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantun ketenteraan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang Bugis bagi mengembalikan kedaulatan Kedah. Pada tahun 1771, firma menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa. Satu perjangian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah. Firma pula dikehendaki memeberi perjanjian apabila firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor.

Kedaulatan Kedah tercabar

Pada kurun ke-16, Kuala Kedah telah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di kepulauan Melayu. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan  Kedah membolehkan Kuala Kedah maju sebagai pusat perdaganagan antarabangsa. Usaha mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran Kedah bukanlah perkara yang mudah kerana pemimpinnya menghadapi penentangan dan cabaran dari dalam dan luar negeri.

Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang

Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI

Tahukah kamu bahawa pada asalnya Pulau Pinang adalah sebahagian daripada wilayah negeri Kedah? Kegemilangan Kedah sebagai sebuah kuasa maritim telah menarik minat SHTI. Walau bagaimanapun, SHTI tidak boleh menguasai Kedah kerana Siam mengakui Kedah bawah naungannya. Sungguhpun begitu, SHTI perlu mencari sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggaha, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera bagi urusan perdagangannya. Kedudukan Pulau Pinang ynag strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI.