Sunday, October 24, 2010

Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang

Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI

Tahukah kamu bahawa pada asalnya Pulau Pinang adalah sebahagian daripada wilayah negeri Kedah? Kegemilangan Kedah sebagai sebuah kuasa maritim telah menarik minat SHTI. Walau bagaimanapun, SHTI tidak boleh menguasai Kedah kerana Siam mengakui Kedah bawah naungannya. Sungguhpun begitu, SHTI perlu mencari sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggaha, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera bagi urusan perdagangannya. Kedudukan Pulau Pinang ynag strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI.

No comments:

Post a Comment